Tuesday, November 20, 2012

3 hero dalam 1 masa

Salam

OK.. ni entri pasal anak2 aku.. aku selalu pegi mana and majlis apa2, bila bawak semua anak2 aku. orang sure tanya aku.. "camana kau handle anak2 ko ni ain, akak anak sorang pun x ckp nafas" xpun camni "semangatnya anak ko, dah 8 bulan bobotnya.. mcmana ko jaga dgn baik ni" sure lah aku manusia paling bangga bila orang tanya aku, tapi bila ayat selepas itu yang sedey aku dengar "patutlah ko kurus, kena handle anak lasak2 camni" huhuhuhuhu aku xlah kurus sangat berbanding after habes pantang haritu.. tapi nampak lah aku still kurus cam anak dara... (itu paling penting).. hihihihi aku still sweet and gojes hokey..


Yess anak2 aku lasak.. (lelaki pepaham jelah) , husband aku is a typical men,, so aku kena usaha semua sendiri utk segala urusan, dh tentulah kalau korang dtg rumah aku, umah aku xlah secantik yang eric leong deko tapi x jugak bersepah mcm orang anak sorang.. hahahahahha aku mop lantai hari2 tau.. aku kemas rumah before aku g keje and masuk tido tau.. huh!! memang penat tapi apakan daya, kalau tak buat siapa nak buat, xkan jiran sebelah rumah nak buat plak kan. hihihihi

anak2 aku si kembar tu tersangatlah kuat mkan, sehari 4kali mkan,, so tentulah bambam kan.. pas makan wajib susu 7oz.. hahhahahah *tepuk dahi* si Rayyan kurang skit makan and minum susu, banyak main je.. ada xde makan kat sekolah jelah.. hihihi. sebenarnya ada masa aku kelam kabut jugak.,. balik keje tanggal tudung, tukar t-shirt , and panaskan bubur yang aku masak pagi tadi (separuh buat bekal taska, separuh lagi aku tinggalkan) so aku panaskan and suapkan depa.. sebenarnya nak handle kena ikut masa,, masa is first.. eh aku rasa mcm pernah cerita je pasal ni.. sila rujuk entri sebelum2 ni yang aku siap sertakan time table lagi tu.. hihihihi...klik sini untuk entri sebelum ini.

Kena Be-positive semua perkara. kena kuatkan minda, kena cekalkan hati. aku rasa semua doktor masa bgtahu yang pregnantkan kembar dh nasihat awal2 , "puan kena bersedia dari segi mental dan fizikal" hihihihi so inilah hasil dr semua itu.. kalau aku demam ke sakit ke, aku cukup risau.. sebab anak2.. sapa nak handle makan,pakai depa.. huhhuhuhu aku x suka nk mntak tlg mak aku or mertua aku sgt (kalau kejab2 xpe) bukan apa.. ni anak aku, so aku kena to be a good mom, kalau mak aku bleh handle anak2 dia dgn baik, why not aku jgak!! mak aku dulu menoreh getah and kami 6 beradik berdikari masing2 jaga adik2.. kenapa x aku didik anak2 aku utk berdikari dan ada skap tanggungjawab kan.. alhamdulillah anak bujang aku -Rayyan pandailah buat keje sikt2 bila disuruh and dia sangat pandai jaga adik hokey.. *lega*.. yess anak2 lelaki pun kena ajar buat kerja rumah,, aku x nak anak2 aku x reti buat apapun.. sian kat bini depa nanti.. sian kat aku jugak sapa nak tolong wat keje rumah nanti..

sebenarnya kalau kita betul didik dan jaga anak2 kita, kejab je masa berlalu. kdg2 kita pun x sedar eh.. dh besar dah.. macam wiwin aku.. sedar x sedar dah nak setahun.. sekrg dh 8 bulan.. kejab je kan.. pastudh start jalan, pastu dah start aku jadi TARZAN luar negara kenapa luar negara.. sebab lagi kuatlah aku jerit.. kalau dulu sampai tingkat 1 je boleh dgr suara aku, silap2 tahun depan sampai tingkat 5 lah suara aku.. hihiihi sori ye jiran2 ku... hihihihihi


No comments:

Post a Comment