Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).”
Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?
Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.
Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian iaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darjat disisi Allah.
Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.
Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.
Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.
entah kenapa harini mcm besh je aku layan blog dia ni.. dan sesungguhnya wat aku rasa lega and berdosa sangat2 sebab aku selalu jugak mengeluh dgn en suami yang aku ni letih, x larat kaitan dgn entri before ni lah..., pastu marah2 (dlm hati) sebab x suka perangai dia mcm ni,,mcm tu.... biasalah akupun insan yang lemah, bila dah penat.. hati minda sume dah x leh nk pikir.. kdg2 terkeluar gak dlm HATI jelah menyumpah,marah kt en suami..
Betul kata2 pujangga ni... pujuk dan berdoalah utk suami menjadi yang terbaik.. pasti ada hikmah diatas segala buruk lakunya.. begitu juga aku sebagai isteri, mungkin ada yang tdk menyenangkan hati suami... dengan semangat yang berkobar-kobar aku mula untuk menjadi yang terbaik dari yg terbaik...
Conpirm balik karang aku sujud kat kaki suami mintak maaf ni.. ihihihihi aku tak tahulah kalau isteri2 kat luar tu x pernah wat silap macam aku.. but kali ni aku rasa mengaku yang aku x lah boleh lagi menjadi isteri solehah but.. aku mahu menjadi yang solehah...
Semoga perkahwinan ini sentiasa ada hubungan yang baik dan terbaik di masa yang akan sentiasa berlalu... tapi bila isteri dah ada kesedaran macmni jgnlah pulak suami2 amik kesempatan.. hihihihi hargailah isteri x rugi pun.. hihihihi
p/s: rindu plak tetiba kat encik suami *sambil feeling tgk gambo kawen*
No comments:
Post a Comment