Thursday, February 16, 2012

Kehidupan dan rumahtangga

Salam..

lamnya x hupdate blog.. hihihihi bukan apa x laratnya nk ngadap menda2 ni .. kerja. pastu idea pun x ada je nk create entri.. dgn masa yg terhad depan PC.. byk keje akhir2 bulan nk bersalin ni.. hihihi

Sekarang dahpun 33 weeks.. aduhaii dh tak lama tu.. lebih krg cam sebulan je lagi.. serammm gak rasa.. tapi alhamdulillah byk gak yg dah settle.. lega rasanya..xlah aku kelam kabut sagt.. tapi bukan cerita pasal menda2 ni entri kali ni tapi pasal apa yang aku ingin luahkan dan sampaikan about life manusia masa kini..

Aku ada bertemu dgn beberapa rakan sebaya aku.. bak kata diaorg ni antara BFF aku masa sekool dulu lah.. dan perkara atau topik pertama yang dia luahkan kat aku adalah "Perkahwinan aku gagal ain" masyaallah pada usia 25thn mereka bergelar JANDA.. aku x heran kalau yang jadi DUDA tu.. sbb lelaki x sama cam perempuan.. aku jadi hairan.. dan membuak-buak nk dgr cerita kisah mereka2 ini.. kenapa bleh sampai mcm ni..

Ye aku tahu nk melalui 5thn fasa rumah tangga selamat bukan sesuatu yang mudah.. tpi rupa mereka2 ini lawa, (ada rupa lah) lengkap serba serbi, masak pandai, bahkan anak ada yang dah 3 dhpun.. tp badan solid molid lagi namum perkhawinan gagal.. semuanya angkara org ke 3.. tapi nk salahkan siapa bukan lah tugas aku.. cuma apa yang aku leh share kan satu perkara adalah masalah berkaitan "Bila kita tak boleh jadi diri kita"

Pernah tak korang hidup dalam dunia ini dan korg x dpt buat benda yang korang nak buat, benda yang teringin sgt korg rasa dan korg kena jadi org lain i mean org lain yg tentukan org mcmana korg kena jdi.. bukannya korg.. meaning is identiti korg bukan diri korg.. hidup dalam mimpi untuk jadi dri sendiri.. Ya Allah beratnya nk tanggung menda ni semuakan.. sapa yg rasa pasti tahu.. x salah kalau mengubah manusia ke arah kebaikan jika itu tanggungjawab tapi jgnlah sampai nk ubah identiti dia.. jadi jika kahwin tapi mahu isteri jadi seperti kamu mahukan.. maknanya selama ni kamu kahwin dengan dia bukan sebab dirinya yang kamu mahukan meaning is kamu bukan menerima dia seadanya,. sedihnya... untuk apa kamu kahwini wanita itu jika dia bukanlah isteri yang kamu impikan.. sedihkan.. skdr tuntutan sunnah je ke..

Adakah perkahwinan itu silap atau diri sendiri yang silap.. Ya Allah dugaan pada seorang wanita bergelar isteri adalah sangat hebat.. bersyukurlah bila kita dapat suami yang menerima kta seadanya.. kurangnya kita.. lebihnya kita.. adalah hak dia.. memahami seadanya bahawa isteri juga punya hak dan keinginan utk sesuatu..

Aku sangat sedih bila si kawan ini berkata padaku.. aku bukan seceria zaman sekolah kita bila aku seorang isteri.. bahkan aku punya 2 identiti.. di tempat kerja dan di rumah.. pernah aku tidak bekerja tapi aku bleh jadi gila dibuatnya.. KENAPA... aku jadi seorng yang sunyi kehidupannya.. aku tidak serancak dan selincah kala kawan2 mengenaliku.. aku tak punya kawan2.. yang ada hanyalah suami dan anak2.. kata suamiku tugas aku lebih padat dirumah berbanding kehidupan aku yang lain..

Aku teringin nak buat aktiviti2 kala aku bebas.. adakah salah aku kerana terlalu menjadi insan berdikari sehinggakan suamiku risau sampai mengikat aku begini.. byangkan selama 3 tahun kahwin aku lakukan semua benda sendiri.. bukan kerana aku yg mahu tetapi kerana suamiku x mahu membantu.. namun sekelip mata entah dimana silapnya.. aku boleh lakukan semuanya sendiri namun hanyalah urusan2 rumah tangga dan dia masihlepas tangan.. dan aku tak lagi punya kawan2.. kehidupanku adalah urusan2 rumahtangga..

Jika menjadi orang lain itu dapat memuaskan hati suami ku.. dan mendapat keredhaannya aku rela.. aku redha .. sungguh aku terkesima dengan kata hati seorg sahabat ini.. akanku pegang kata2nya.. dan akan aku kuatkan semangatku jika ini terjadi kepadaku.. kerana aku juga yakin tuhan dah tentukan takdir hidup kita.,. dan semuanya pasti ada hkmah disebaliknya..

Semoga jika 1 hari nanti suami x mahukan aku seperti sekarang aku harus bersedia menerima seadanya.... kita tak bleh duga apa akan terjadi pada diri kita utk esok sekalipun.. so redha itu pasrah.. hhihihihi

No comments:

Post a Comment