Ni entri pasal my wishlist aku, hihihihii sebelum pergi lebih jauh meh sini belajar dulu apa itu sistem hybrid yang tengah glamour sekarang kat malaysia... tahu tak tahu tak....(cuba lalui perkembangan semasa sikit kawan.. phuiii hihihihi) puyus...
Antara yang blehmenerangkan apa itu menatang hybrid ni.. Yang ni aku google and aku dapat dari blog GSR revolution.. dia ada maklumat penuh tentang apa itu HYBRID.. hihihi karang aku cerita lebih pasal hybrid sure korang pun x caya kot hahahha..
Model produksi pertama kenderaan bersifat
komer*Tial wastegate* ialah Ford model T yang diperkenalkan pada era 1900.
Ketika itu ia langsung tidak dijangka menjadi antara penyumbang utama
pencemaran alam sekitar. Kekaguman dunia terhadap industri automotif memuncak
tanpa adanya kesedaran bahawa kemudahan yang kita kecapi hari ini penyebab
kemusnahan dunia.Hakikatnya bahawa pencemaran oleh gas karbon monoksida hanya
mula disedari 70 tahun selepas itu dengan negara maju mengambil inisiatif
memperkenalkan alat catalytic converter, had pengeluaran asap dan jangka hayat
kenderaan.Teknologi enjin hybrid adalah pilihan sumber bahan api bagi
mengurangkan pergantungan kepada petrol dan diesel yang dimana kedua-dua bahan
api fosil itu sentiasa terdedah kepada kenaikan harga.Teknologi enjin hybrid
sudah dimajukan oleh beberapa gergasi automotif dunia dan terbukti berhasil
melahirkan kenderaan mesra alam.
Definasi Teknologi Hybrid:Teknologi hybrid
ini didefinasikan sebagai penggunaan kenderaan yang menggunakan dua atau lebih
penggunaan gabungan bahan api dan kuasa elektrik untuk menggerakkan motor
kenderaan,sekaligus menjimatkan minyak
.Bagaimana teknologi hybrid berfungsi:
Struktur enjin hybrid yang menggabungkan kuasa elektrik dan bahan api
bertindak dalam pelbagai cara iaitu hybrid dalam bentuk selari yang mana bahan
api disalurkan ke enjin tetapi pada masa yang sama dilengkapi bateri yang
membekalkan kuasa kepada motor elektroniknya. Gabungan kedua-dua
enjin dan motor elektrik itu berfungsi menggerakkan transmisi enjin pada
satu-satu masa,sekaligus bertindak balas menghasilkan kuasa kepada kenderaan
itu. Kaedah kedua ialah enjin bahan api tidak disalurkan terus
untuk menggerakkan transmisi enjin tetapi penjana yang bertindak mengeluarkan
caj elektrik kepada bateri atau kuasa motorelektrik menerusi sumber daripada
bahan api itu. Antara komponen dalam kenderaan hybrid ialah enjin bahan api
lebih kecil dan menggunakan teknologi termaju bagi mengurangkan kadar pelepasan
asap,sekaligus tidak mencemarkan alam sekitar. Komponen lain ialah
motor elektrik sebagai penjana kuasa,bateri voltan bersaiz kompak yang
menyimpan tenaga,manakala transmisi enjin sama dengan kereta konvesional
lain.Berbanding enjin kereta konvesional.kadar pelepasan asap iaitu gas karbon
monoksida kereta hybrid lebih 80% rendah.Jika ditinjau situasi semasa, kereta
kuasa elektrik terbukti tidak mencemarkan alam sekitar,sebaliknya hanya
berupaya bergerak sejauh 80 hingga 161 km sebelum perlu dicaj semula selain
kereta itu bergerak perlahan dan kesukaran mencari tempat untuk mencaj semula.
Faktor:Kebanyakan kereta memerlukan enjin bersaiz besar
untuk menghasilkan kuasa bagi menggerakkan kereta dengan pantas tetapi
penggunaan enjin kecil boleh ditingkatkan dengan menggunakan komponen lebih
ringan termasuk mengurangkan jumlah silinder dan memaksimumkan penggunaan
enjin. Keberkesanan enjin hybrid bukan saja meningkatkan
penjimatan minyak dan berfungsi menyimpan tenaga yang disimpan di dalam bateri
yang enjin akan dihentikan sementara apabila kenderaan berhenti dilampu isyarat
tetapi dibantu kuasa bateri biasa. Kereta hybrid tidak memerlukan kos penjagaan
dan penyelenggaraan yang tinggi kerana motor dan bateri kereta itu tidak
memerlukan penyelenggaraan dan boleh digunakan sepanjang hayat.
Kini teknologi hybrid muncul bagi merancakkan lagi usaha ke arah menjadikan
bumi lebih hijau. Antara gergasi automotif yang telah memperkenalkan teknologi
hybrid mereka ialah Toyota (Hybrid Synergy Drive) melalui model Toyota Prius, Honda (Integrated
Motor Assisstant) melalui model Honda Civic Hybrid, Ford (Fusion Hybrid)
melalui model Ford Fusion Hybrid dan sebagainya dan tidak ketinggalan syarikat
automotif tempatan, Proton (Lotus Range Extender) melalui model kereta konsep
mereka, Proton EMAS. Malaysia juga antara negara di rantau ini
yang komited dalam polisi Teknologi Hijau malah, dalam Dasar Automotif Negara
(DAN) yang dibentangkan tahun lalu, ia termaktub bersama. Sejak tahun 2003,
kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif fiskal bagi syarikat-syarikat yang
menjana elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.
Syarikat-syarikat yang mengamalkan aktiviti2 penjimatan tenaga layak diberi
Pengecualian Cukai Pelaburan dan Status Perintis.
Walaubagaimanapun buat masa ini teknologi hybrid masih lagi mahal. Harga sebuah
Toyota Prius di Malaysia ialah RM 175 000, Honda Civic Hybrid RM 130 000
manakala Proton EMAS dijangka akan berada di jalan raya seawalnya 2012. Ketika
mana dunia mengalami penyusutan bekalan petroleum, pengenalan dan
penambahbaikan teknologi hybrid amatlah dialu-alukan. Jika
sekarang sebuah kereta bersesaran 1600 cc yang menempuh kesesakan jalan raya
selama 45 minit untuk ke tempat kerja berjarak 12 km (penghuni Pulau Pinang
Pulau Mutiara lebih memahami) memerlukan 7.0 L petrol untuk perjalanan sejauh
100 km, maka dengan teknologi hybrid jumlahnya boleh dikurangkan kepada 3-4 L
petrol sahaja. Jadi bayangkan penjimatan petrol dan wang yang ditawarkan selain
pengurangan asap dan bahan pencemar lain ke atmosfera bumi. Harap2 dengan
belanjawan 2011 yang telah keluar baru2 ini kita akan mempunyai kenderaan
hybrid mampu milik.
Ringkasan:Namun apa yang lebih utama ialah
menjadikan teknologi hybrid sebagai teknologi mampu milik untuk segenap lapisan
masyarakat dan juga untuk setiap jenis kenderaan. Kita telahpun melihat bas2 di
Putrajaya menggunakan NGV sebagai bahan bakar utama dan siapa tahu kita akan
melihat bukan sahaja kereta hybrid bahkan juga motosikal hybrid, lori hybrid
dan bas hybrid suatu hari nanti.
Aku harap korang fahamlah ye and membantulah korang apa itu Hybrid. kalau tak faham sila baca 66 kali xpun 150 juta kali.. hihihihi yang kat bawah ni pulak Hybrid yang di xplain oleh Honda, sebab Honda pun ada kuar gak model Hybrid,, Jazz Hybrid, Honda Insight (lebih kurang iras2 kereta wishlist hybrid aku) hihihihihi ni aku ambik kat SINI
So inilah kereta yang dalam wishlist aku,, TOYOTA PRIUS.....
"Untuk tahun 2012 Toyota Prius V,merupakan kereta sepenuhnya menggunakan sistem hibrid gas. Merupakan 5 finalis kereta berteknologi hijau mesra alam 2012 di Los Angeles USA oleh Green Car Journal Nov 2011. Hanya akan dipasarkan pada pertengahan tahun 2012 di Eropah."
ni kira macam iklan dia lah.. hihihi |
dan harga macam aku cakaplah.. memang phew!!! tapi aku sangat2 mengilakkan ini kereta.. uwaaaaa en suami belilah utk hari jadi saya yang bakal menjelma please.eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Ni harga and pandangan belakang dia yang wat aku jatuh cinta |
So aku sentiasa masih tanamkan dalam wishlist aku ini barang.. (baik aku g umrah ke haji ke kan) hihihihihi ni antar wishlist akulah,, eii ape daaaa..... so kalau dpt pakai kereta hybrid ni sure syok, jimat minyak kan.. kan.. kalau nak tahu pasal toyota hybrid plak leh lah usha web INI
Cik Prius ni dia ada adik jugak tau.. iaitu PRIUS C.. tapi aku kurang minat, maybe sebab aku memang perlu kereta bekeluarga yang besar gedabak macam ni kot.. hihihihi...
![]() |
ni dia Prius C and .. |
Tapi kalau sesiapa x faham gak lagi pasal apa itu hybrid pegi jelah showroom tanya salesperson or dealer kedai kete.. hihihihihi
No comments:
Post a Comment