Tuesday, November 6, 2012
Kahwin sebaya, tua, muda
Salam
Harini aku tertarik nk buat entri pasal menda ni.. sebelum aku cerita lebih lanjut, aku bagitahu dulu aku kategori apa ye.. aku kategori kahwin dgn suami yang lebih tua dari aku.. dalam 3 tahun.. macam sekarang aku baru nk 27thun, en suami sudah 30thn.. sebenarnya ada beza kita berkahwin dengan yang sama umur, Lebih tua dan lebih muda.. aku rasa benda ni pun dh banyak berlaku bahkan dahpun berlaku sejak dulu2 lagi kan...
Rasulullah sendiri berkahwin dengan Khatijah yang lebih tua darinya.. dunia masa kini sgt2 merisaukan kerana banyak perempuan yang belumpun bernikah di usia lewat 30.. bahkan mereka tertekan kerana sudah kehabisan calon yelah kan kebanyakkan lelaki yang tua dan tidak berkahwin sgtlah jarang (ala lelakipun makin sikit dah ) so mereka terpaksa bersaing untuk dptkan lelaki yang lebih muda... let;s see bila dh berumur pastu nk kawan dgn org muda sure kena kutuk, kena ngata.. aishh biasalahkan mulut manusia..
tapi semua tu tuhan dah tentukan.. pasti ada hikmah pada perjalanan hidup manusia yg tuhan telah tentukan..
"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat-Nya yang terlihat mahupun yang tidak kelihatan."(Luqman: 20).
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).
“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).
Aish aku ni .. dah cam larik2 je topik ni.. aku sebenarnya nak cerita pasal mcamana kalau jadi seorang isteri pada yang sebaya umur, lebih tua dan lebih muda.. macam aku... bila suami lebih tua.. kita akan cepat matang dan selalu berfikiran cam org tua.. (opss) means is lebih dewasa... walaupun kdang2 kita selalu terfikir nak buat sesuatu yang childish but.... tak boleh.. sebab apa.. sebab en suami mesti ckp.. 'grow up lah syg' xpun "cuba jadi dewasa sikit" huhuhuhu...
Macam aku.. suka layan something yang gegila gila sikit tp en suami x suka.. tapi x jugak.. ada je suami yang lebih tua tapi perangai cam bebudak.. hihihi dan ada kala en suami aku pun mcm bebudak.. kalau dah layan kartun 24jam sure lah mcm bebudak kan...
tapi selalunya mcm aku.. kena kompelin je lah.. but hati cam bebudak jiwa cam dewasa.. gpun bila dah ada anak automatik sifat keibuaan tu mendewasakan aku.. hihihi (puyusss). En suami pernah bg pendapat, dia kata perempuan ni cepat nampak tua berbanding lelaki.. so bila kawen dengn perempuan yang lebih muda .. bila area umur 30an isteri akan nampak muda dan kekal muda(kalau jaga lah) .. -chehhh memang dasar nk isteri cantik2 lah ni en suami aku ni.. hihihi.. xpe bini dia memang cantik pun.. hahahahha (puyus again)
Bagi yang kahwin seusia plak. selalu dan senang berselisih pendapat..(ini pendapat kawan2 rapat ye) katanya sebab masing2 sama perangai and sama je kepala otak means bila gado masing2 rasa pendapat sendiri betul dan bila baik sure lah jd cam nora elena dgn seth tan kan.. sebab dah serasi bersama... pernah jugak dulu aku terfikir nak cari en suami seusia tapi x boleh pergijauh.. sebab benda2 macam nilah.. huhuhuhu but pasal rupa paras bila dah berusia.. paham sendiri lah.. hihihi tapi kalau perempuan ni jaga, and pentingkan kecantikan, keishatan aku rasa xde masalah,, sebenarnya kita bukan setakat perlu jaga utk suami dan aku paling benci bila perempuan cakap "dah kahwin buat apa nak jaga, x lawa pun laki aku kena terima lah" ok fine.. kalau pasni korang dtg kat aku nangis2 pastu update kt FB.. meh aku gelakkan korang.. haluu hadis pun ada suruh menjaga kecantikan utk suami.. jgn igt suami korang hati xkan berubah,, dia bukan malaikat hokeyy.... (emosi plak aku)
So kalau kahwin dengan yang lebih muda plak.. ini paling2 korang kena jaga segalanya yg ada kat korang, memang korang macam ada kuasa VETO.. sebab apa, sebab suami korang takut.. hihihihi (jgn mare ye) hihihihi.. taklah macam aku ckp tadi suami kita bukan malaikat, kalau ada perempuan cantik yang berhijab lalu depan diorang pun sure nya diorang terpandang, cuba korang bayngkan kalau perempuan cantik tu semabng2 dgn suami korang pastu dia balik rumah tgk korang yang dh mengelebeh pakai plak baju yang dh bau2 siang ikan (akupun kekadang camni, hihihi) .. korang rasa apa dalm kepala suami korang.. aku risau silap2 dalam hati dia kata "teringat plak aku kat awek tadi, ni bini aku ke bibik aku ni" hahahaha hambekkk pastu kekadang lelaki ni lambat gak matang, so bila dapat suami yang lebih m uda ni ,,pepahamlah, bertambah cathcy lah rumah korang kan.. hihihi..tapi ini rumusan dari survey yang ciput je.. saja2 nak banyakkan entri but pada yang melaluinya sure korang lebih paham kan sebab korang melaluinya...
Cuma aku sgt2 lah menasihatkan u all as a women, jgnlah sesekali buat point yang boleh suami korang suarakan bila dia berubah hati atau dia sengaja nk wat korang sentap.. hihihihi lelaki ni ada yang budiman and menerima seadanya diri korang asalkan korang jaga rumahtangga dengan baik.. tapi x jugak dgn suami yang cerewet and selalu nk kesempurnaan je depan mata dia...
notakaki: selalu orang tanya camana nak kurus dekat aku, bila aku bagitahu exercise first sure sume ngeluh.. exersice ni bukan takat utk kurus tapi utk sihat...
Labels:
AKU DAN LAIN-LAIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
blog yg simple tpi entry yg padat
ReplyDelete