Friday, December 23, 2011

UTEH --- Tiada lagi dia selepas ini

Salam..

Entah kenapa di pagi yang hening ni.. tetiba aku terfikir nak buat entri pasal menda ni,, selama ni aku x kuat nk buat.. sebb aku tahu aku akan rasa sedih dan nk nangis... time entri nipun aku rasa dh sedu2..aku rasa rindukan dia..

Uteh adalah mak saudara aku yakni adik mak aku.. aku jarang balik Kg mak di Batang Kali ada tak ada pun kdg2 kami adik beradik kumpul di rumah arwah Wan yang kini dia duduki oleh Ayah saudara aku, Kami ramai2 sepupu sepapat akan kumpul kat situ ramai2, kg Mak aku ni Tanah Rancangan, sejuk kalau pgi2 ada sungai, dan kebiasaanya memang asal balik KG itu tujuan kami.. Mandi Sungai...

Dari kecik kalau aku balik Kg Mak kat Ulu Rening, Batang Kali aku x lupa mandi sungai dengan sepupu-sepupu aku.. Masa Arwah Wan ada x silap umur aku waktu tu baru 4thn.. Uten paling garang, kami sepupu2 ni takut sgt dengan dia,, kalau wan nk bg kami duit belanja jajan, Uteh akan bebel marahkan kami.. Uteh sangat tegas,,, asal kami balik mandi sungai ada je yang dia bebel.. sgt2 garang, tapi garang dia lah yang buat aku dan sepupu2 yang lain rindukan dan jd bahan cerita dri dia hidup sampai dia tiada.. sbb kami rindukan dia..

Nak kata Rapat, bila berjumpa tu ada gak rasa rindu, tambahan kami jrg jumpa, nak jumpa pun kena balik Kg Mak lah, selalunya kami pilih Raya Haji, and cuti2 panjnag.. xpun time2 mak aku nk balik sana Rayake,,

Uteh sangat kuat bekrja, dialah adik perempuan yang bawak motor leh tahan ganas., dia jugak yang paling sihat sentiasa, tapi siapa sangka Tuhan sayangkan dia.. Tuhan ambil dia tanpa siapa duga...

Sampai sekarang aku masih nampak bayang sengsara dia kala aku jumpa dia kat Hospital.. Keadaan dia sgt parah.. wayar sana sini.. Darah beku dikeluarkan tapi dia.. Uteh Nampak Lain, kepala dia dah botak akibat pembedahan itu, badan dia sejuk, uteh kaku... Tapi aku x berani nk pegang, sebab apa aku mengharapkan itu bukan pertemuan aku dan dia yang terakhir...

Begitu juga kala jenazah ada di hadapanku, sepupu-sepupu ku mengucup dahi pipi uteh tapi aku.... aku TAK SANGGUP ,, terus terang kata, bila kain kapan menutupi muka Uteh aku masih mampu bacakan Yassin walaupun jenazah Uteh betul2 dihadapanku tetapi bila Kain kapan dibuka aku x sanggup, sgt2 x sanggup.. senang aja air mata ni mengalir.. sehinggakan sepatah ayat pun x terkeluar dr mulut aku.. Aku harap Uteh Faham, aku Redha tetapi aku still mcm x leh terima yang itu adalah pertemuan aku yang terakhir dgn uteh..

After Uteh Kawen, uteh berubah, begitu juga bila Uteh dah ada anak, uteh sangat2 baik. hilang tegas.. mungkin sebab uteh semakin memahami bila dia bergelar ibu dan kami pun sudah dewasa.. Last kenangan aku dan Uteh, kala Uteh mencari batang keladi untuk dibuat Gulai,, waktu tu riuh rumah sebab Uteh ambik dgn daun2 Keladi sekali... Uteh agak kurg paandai bila bab2 masak yg pelik2 ni.. sebab uteh lebih bykbekerja berbanding mak aku.. mak aku selalu ke dapur bila dengan adik beradiknya..

Setelah hampir beberapa bulan uteh tiada.. aku semakin menerima.. Yang Uteh x kan ada lagi di dunia ini.. Dan semoga uteh akan tenang disana.. Kami akan rindukan Uteh...

Sungguh aku mengaku.. aku susah nk percaya Uteh sudah tiada... walaupun jenazah dia dihadapanku.. sampaikan kala itu hati aku berbisik "itu bukan Uteh" namun Realiti sebenar xkan mampu mengubahnya.. TUHAN lebih sayangkan dia... Ya Allah semoga dia berada di tempat org2 yang beriman...

Uteh in memories.....

No comments:

Post a Comment