Friday, December 16, 2011

MINAT ---> SIAPA aku --->MASA depan


Salam

David Beckham, Manchester United,Brad Pitt --- erm kenapa kaitkan dengan perempuan ye.. means segelintir dan ramai perempuan suka dengan 3 menda ni tapi TIDAK AKU... and aku PANGKAH awal2.. huh!! adalah satu menda yang aku rasa pompuan lain pun suka dan aku suka --aaron aziz.. huh! tapi aku x tahulah sampai mana aku minat, sebab apa.. aku ni bila dah ramai sgt minat aku jadi menyampah like a mawi dululah,, masa memula dia masuk AF aku memang mint dia tapi pastu aku cam jelek je.. eii x moh ar.. menyesal suka dia pun ada.. ahahha

By the Way aku lagi suka Frank Lampard, aku lagi suka Chelsea dan aku lagi suka Atson Kutcher.. hahahaha mungkin ada perempuan dia luar sana yang sama suka cam aku.. hihihi sebab apa ramai perempuan suka M.U yelahh byk hensem2.. eh Frank Lampard pun hensem apa.. hahahha Napa aku suka Chelsea sebb aku x suka M.U lah.. hahahha aku suka Jamming, aku suka Gitar , aku suka Drum (elehhh ko masuk planet hollywood pun tutup telinga) hahahah sendiri buat bising dgn org lain buat bising lain.. hihihihi

Entah.. aku suka sport. aku suka layan bola dan bukan renang berirama hhahahah... aku suka nk join itu nak join ini.. entah syok join aktiviti2 amal.. Aku masa skool pernah berangan, bila anak dah besar aku nk ajar dia buat kerja amal, pg rumah anak2 yatim, rumah org2 tua, tapi seorg sahabat aku bgtahu " ko nak ajar dia g umah org2 tua watpe.. nanti ko dah tua dia masukkan kat situ" huhu sungguh negative pemikiran korang... kalau kita didik motif kita bawak diorg ke situ boleh jadi dia faham dan alert positive thinking.. tapi kalau aku dahtua dan dia nk hantar aku jugak kesana, apakan daya.. aku redha... kita takleh nk jangka benda tu.. anggap je itu takdir kita yang tertulis di Luh Mahfuz.. selagi berdaya aku membesarkan dia dengan ilmu yangberguna, pengajaran yang baik2.. doa dia menjadi anak yang soleh.. cukuplah dia doakan aku..

Pernah sekali aku join rumah org2 tua beberapa bulan yang lalu.. yess aku menangis,sedih tgk nasib org2 tua yang diperlakukan oleh anak2 dia.. dan aku rasa bagusnya azam aku utk bwk anak2 aku kesini.. sebb aku rasa bayk pelajran yang aku leh bgtahu kat anak2 aku if aku nk diorg wat kerja2 amal.. and aku ingat kata2 penjaga rumah org2 tua tu " If awak dah xde suami, anak2 dah bsar kerja bagus2, awak tinggal sorg2 mintaklah masuk sini, as a penghuni or pekerja or pembantu why??? kalau kita keseorang bila kita dah tua, dh x tahu nak buat apa.. kita akan nyanyuk, kita akan sedih, kita akan murung, kat sini kita ada kawan bercerita, kita akan buat banyak amalan terbaik utk bekal akhirat" benda tu buat aku alert..

Chart Life Korang ada??? menda ni aku dapat masa aku Darjah 6, aku pegi 1 motivasi talk,, and Fasi tu ajar aku buat peta minda apa yang kita nk tuju sepanjang hidup kita.. aku terpksa copy menda ni byk kali.. ye lah dr skool aku buat sampai dah hancur aku rasa .hilang pun dh byk kali.. tapi mesti ingat lah tujuan hidup kita..alhamdulillah banyak yang aku dpt capai.. cuma tang belajar kat U tu yang gagal skit.. tapi azam tetap ada..tambah2 bila SBPA ni leh cuti belajar bergaji penuh.. sapa nk sia2kan ..hihihi

CHART LIFE aku camnilah.. hihihih






Gambar kecik je.. soriii just contoh je kan.. hihihi masa tu Fasi aku cakap.. apa yang You all nak buat kena ada perancangan, biarlah berjaya atau tidak berjaya itu You all punya usaha.. tuhan juga yang menentukan.. so nilah yang aku follow supaya aku alert apa yang aku nak buat untk kehidupan aku. ada yang aku berjaya laksanakan sebelum usia sebenar dan ada jugak yang aku gagal..

Pernah sekali orang cakap aku ni pelik.. bila aku pernah tunjuk kat orang sume orang gelakkan aku.. so aku tekad simpan baik2 je peta minda aku ni.. huhuhuhuhu sukatilah aku nak wat apa kan.. ada aku kisah. kalau korang x suka lantak pi lah.. hihihi :) tapi memang rasa down masa tu aku form 3 orang gelakkan aku bila nampak Chart life ni kat fail aku.. huhuhuhu tapi aku x kisah pun.. aku tahu apa aku buat.. sekrag baru aku berani nak tunjuk sbb kalau u all gelak pun aku tak tahu...

Kalau You All ada anak2 ajarlah wat Chart Life mcm ni.. bagus bg dia alert apa yang dia nak sepanjang hidup dia... dan sememangnya aku akan ajar kat anak2 aku..

Lagi satu minat aku pada Muzik. aku suka sgt nak belajar main piano and gitar.. sampaikan aku dah tanam azam,, bila Rayyan dan adik2 dia dah besar skit dlm 4 thn If dia minat, aku nk sama2 dia dan aku g Yamaha Skool belajar.. dh aku survey... kira berkemampuan lagilah nk g masuk skool tu.. macamtu jugak nak hantar masuk akademi bola.. starting 4 years.. tapi tgk jugaklah dia minat or not. kalau x minat xkan nk paksa.. yang penting pelajaran kat skolah lagi utama.

En Suami.. rasanya tiada halangan janji x peningkan kepala dia, dan x susahkan dia.. hihihi :)
Memang aku suka buat benda yang puaskan diri.. Hidup hanya sekali.. apa salahnya kita seronokkan diri kita untuk perkara-perkara yang kita nak.. dulu aku dah rasa hidup susah.. nakbeli basikal pun telan air liur je.. drjah 6 baru tahu bawak basikal tupun jiran aku bg belajar guna basikal dia.. nak main anak patung barbie er,mm tupun jiran aku bg satu kat aku.. aku ambiklah upah jahit baju patung barbie tu bg kat dia,, so sebgai tanda terima kasih akulah..
dulu kecik2 kawan pun ramai lelaki... main kat paya, main combat2.. nak main game kat komputer yang pakai tape tu pun x mampu... so bila aku ada duit sendiri.. dan aku nk wat apa aku nak.. why not aku buat.. yang penting "TAK SUSAHKAN ORANG LAIN TERUTAMA SUAMI KITA" itu prinsip aku,. slagi aku bleh berdikari sendiri dan usaha sendiri i can do it..

p/s : Hidup ini mudah, jangan dirumitkan dengan hidup tanpa perancangan, namun semuanya Allah S.W T yang menentukan.. kita perku rancang, usaha dan berdoa padaNYA..

No comments:

Post a Comment