Wednesday, November 30, 2011

PUTUS


Salam..


Pagi yang damai... kicau burung yang mengiringi aku ke parking kete.. rutin harian pagi seperti biasa.. bangun pagi,mandi,solat,pakai baju,wat breakpast,siapkan anak,bukak pintu kuar antar anak g taska and aku terus g parking start kete terus g keje.. masa tgh2 OTW tu aku bukaklah channel suria.. tajuk topik pagi dia PUTUS.. tapi aku dengar kejb jelah sebb umah ke opis 5 min je..

So aku tertarik nk buat entri pasal Putus.. Putus Kasih sayang lah.. hihihihi...

Setiap Manusia mesti ada yang pernah rasa mcmana Putus Cinta,Putus Tunang,Putus rasa sayang,, Bukan apa.. kadang tu Bila kita Putus a.k.a berpisah dengan seseorang tu adalah lebih baik ada adakala adalah lebih teruk.. terpulang pada keadaan,sebab musabab, alasan perpisahan itu berlaku...

Aku akui aku juga pernah rasa macam mana berpisah,, ada yang aku gembira, ada yang aku sedih ada juga yang aku rasa separuh mati.. kenapa???? Pernah tak korang ditinggalkan pada hari lahir korang, pernah tak korang ditinggalkan bila kecurangan di depan mata, Pernah tak Korang ditinggalkan kerana rasa amarah yang x terbendung, pernah tak korang ditinggalkan kerana Rasa jemu melanda... dan adakah korang meninggalkan kerana rasa benci, adkah korang meninggalkan kerana rasa cemburu, adakah korang meninggalkan kerana ia adalah cinta sandaran.. pada setiap manusia yang pernah bergelar kekasih hati korang..

Sebenarnya bila kita terpisah ia mengajar kita erti kesabaran,ketabahan.. aku pernah hampir separuh mati apabila ditinggalkan tanpa kata untuk kali kedua bahkan kedua kalinya juga pada hari lahir aku.. rasa mcm tak terluah waktu itu.. yang pasti sehingga kini aku masih tidak mendapat jawapan kenapa aku ditinggalkan tanpa beri peluang pada aku memberi penjelasan..

Sesungguhnya aku bersyukur bila kehadiran si suami aku.. sebagai lelaki terakhir dlam hidup aku.. kerana apa, kerana dia adalah insan yang Allah utuskan untuk penghujung kebahagiaan aku.. semoga Jodoh kami untuk selamanya..

Ada juga cinta yang disemai putus bagai air lalu.. tanpa kata, tanpa bayang.. namun x tercuit langsung kehilangannya dalam sanubariku... kerana apa, kerana dia bukanlah yang terbaik untuk calon hidupku.. adakah aku terbaik,.. mungkn juga tidak.. namun jika kita punya pilihan untuk memilih yang terbaik kenapa tidak kita memilihnyakan...Terus terang hidup bukan mainan, hidup untuk kongsi rasa cinta,rindu,kasih dan sayang sesama manusia...

Jika ada hubungan yang terputus,,, renunglah,jadikan pengajaran, ambil ikhtibar ia bakal merungkai segala persoalan kenapa kita ditinggalkan ........

p/s: menyesal menangis kena putus masa zaman sekolah.. huh!!!

1 comment: