Tuesday, April 13, 2010

Aduhaiiii demam menimpaku...

Minggu ni minggu yang sangat perit aku rasakan, manataknya, selesema,demam,batuk menimpaku.. aduhaiii.... deritanya ku rasa, mujurlah ubat yang aku makan tidak menjejaskan keaktifan anak dalam kandunganku..

Suami bertambah menjagaku, memberi perhatian, tambahan pula aku semakin sarat, perut semakin membesar dan kadang kala mengeras, usia kandungan yang sudah 8 bulan membuatkan aku semakin perlahan untuk berjalan, pakaian baby dan segala keperluan sudah hampir 80% siap ,,, awal mei nanti bolehlah aku standby dalam kereta sebagai langkah awal menanti kelahiran si kecil..

Namun Batuk yang amat perit ni benar2 aku rasa letih, kasihan baby ku, pasti terganggu tidurnya jika aku batuk..

Semalam isnin - 12.4.2010, aku cuti sakit, Selama ni pemeriksaan atenatal aku tiada masalah, tetapi tidak semalam, kandungan gulaku benar2 memeranjatkan bukan saja Doc malah aku sendiri, alasan Doc kerana keturunan ku.. aduhai.. aku sgt bimbang, tambahan plak ayahku pengidap Diabetes, punyalah aku kontrol makan, kontrol rasa mengidam yang dasyat.. tapi... ntahlah.. takdir tuhan, harap2 re-check next week, segalanya kembali Normal, kerana aku tidak punyaui sebarang masalah langsung selama ni..

Aku risaukan kandunganku, harap2 dia OK.. dan sihat ingat kelahirannya nanti..

Anakku, terima kasih membuatkan mamamu ini begitu kuat, tabah hadapi hari2 yang berlalu ini.. hanya untukmu may HERO... baby Rayyan..

No comments:

Post a Comment