Wednesday, March 24, 2010

aduhaiii anakku......

Arini seharian aku tak dok diam, mana taknya kandunganku bergerak sangat-sangat aktif, mungkin kerana usianya yang sudah pun 7 bulan, kadang2 rasa lucu kerana berbenjol-benjol perut.. nakal ni baby dalam perut ni.. hihihihi..

Apapun aku sentiasa mendoakan agar anak yang lahir ini nanti- sihat, cukup sifatnya, tidak meninggalkan solat dan yang pasti sentiasa mendoakan ibu bapanya..

Bak Kata Dr. dato fadzillah kamsah tadi:

Ibu Bapa Yang cemerlang-
1: Perlu ada Pakej yang lengkap
- Hati & Niat Yang murni
- Solat Taubat kena amalkan
2: Minda Cerdas dan Positif
- Bersangka baik suami isteri
3: Usaha & Tindakan yang cemerlang -maafkan orang lain
4: Penampilan anggun
5:Ada Guru Yang cemerlang
6:Bentuk Budaya & Keluarga Cemerlang


Antara kata2 Hikmah yang aku gemari dari petikan ceramah Dr:

" Bukan Ternak Anak tapi Didik Anak"
"Beratus Fikiran Negatif dapat dipadamkan dengan satu Fikiran positif"

Pondok Menjadi Mahligai, Pasir Menjadi Emas, Derita Menjadi Cinta... Adakah Cinta dapat memberikan kebahagiaan di dunia atau sehingga ke kain kafan-Ketika Cinta Bertasbih...


Ucapanku untuk anakku yang pertama ini : Percayalah sayangku... kau adalah kain putih, kami sebagai ibu bapamu akan mendidikmu menjadi insan yang berguna dunia & akhirat.. akan kami warnakan kamu dengan warna2 indah untuk kamu melayari pentas hidupmu di dunia.. akan kami hargai anugerah dari tuhan ini iaitu kamu sebagai satu anugerah yang terindah yang tak dapat kami luahkan betapa bersyukurnya kami menerimamu dalam hidupku, jangan kau bimbang anakku, selagi kami masih bernafas, kami akan pastikan kamu lahir dan membesar sebagai insan yang berguna, taat pada tuhan, dan sayang pada kami walaupun kami tempat kedua yang kamu cintai, kerna kami mahu kamu tahu... yang pertama wajib kamu sayangi,cintai adalah ALLAH s.w,t yang menciptakan kamu dalam rahimku--iaitu ibumu... mama & papa tak sabar menanti kehadiranmu sayang.. aminnnnnnnnnnn

No comments:

Post a Comment