Thursday, August 29, 2013

Rumah Pintu Terbuka

Salam.

Kali ni aku nak cerita skit pasal weekend lepas-ahad.. aku adalah buat makan2 skit.. x buat besar pun. cuma mana2 kawan yang nak datang beraya aku jemput khas lah.. senang.. kalau hari kerja memang payah aku nk offer orang datang beraya kat umah aku.. hihihi so aku masak sengsorang.. pheww... berjaya dengan jayanya.. bayk puji dari yang kompelin.. syukurr..............

menu aku hari tu adalah
1-Nasi Minyak
2-Ayam masak Merah
3-Kari daging
4-Nasi Impit
5-Kuah kacang ayam
6-Kuah Lodeh
7-Buah Limau
8-Air Sarsi
9-Jelatah

Ha.. ngam semua ni aku masak sendiri.. Aku starting beli barang semua jumaat malam. pegi tesco dengan pasar borong selangor.. Malam sabtu pas magrib aku siap operasi mengsiang ayam 3 ekor,, daging sekilo setengah.. dlm kul 1pg aku settle kemas umah, masak kuah kacang ayam, nasi impit dan goreng ayam sesiap.. daging aku rebus buat kari pekat dulu..

Ahad pagi aku masak karo daging ,taruk santan, buat kuah lodeh, jelatah, air and potong buah limau.. and hidang.. tetamu datang dalam kul 2.00 camtu.. dan aku..

aku


aku

x snap satu hapa gabo makanan yang aku masak.. choii!! camana aku nk wat kenangan.. kenangan pertama aku masak sengsorang plak tu./. sadiss tol/.. tetamu sampai sehingga pukul 7.00mlm.. geng2 kembar dtg petang dlm kul 6.00.. hihih memang happeninglah.. hihi pas magrib semua dh balik.. aku letak semua bebdak kat blik blkang, mandikan, buat susu depa dok main dengan abah dia. aku operasi mengemas, membasuh. settle kul 8.00mlm.. landing depan tv.. phewww penat wehh penat...

ni antara koleksi gambo kengkawan, tetamu yang datang...


 Ni geng2 opiss
 
 Bila 3 pasang kembar bertemu.. ada sepasang lg tapi dh balik
 
 Si bambam yg still menyibuk bila mama nk pose dgn baby qat
 
 Baby Qatrunnada.. baju ni i belikan utk dia.. tantek tak
 

Cuma gambar dengan member sekolah menengah yang dtg -eis,alip,ida aku x snap.. uwaa harap2 len kali aku leh jumpa korang lagi.. tq sgt2 sebab datang umah aku...


Ni kembar jugak.. jiran satu fasa lain blok..

 Nilah mama2 kembar bertiga itu
 
 



Yang ni Zara- satu taska dgn kembar merangkap anak opismate-ct
 
 
So selesailah part rumah aku berhari raya.. tq pada semua yang dtg,,, 
 


No comments:

Post a Comment