Wednesday, November 21, 2012

Cloth Diaper - washing2

Salam

Lama aku tak buat entri pasal menatang ni.. hihihi iaitu Cloth Diaper (CD).. aku mcm slow skit guna sebab musim hujan,, pepaham jelah bila musim hujan, kain baju jadi banyak sgt yang perlu dibasuh,. pastu tak kering2.. and baru 2 weeks baru2 ni aku gigihkan utk guna CD, x sanggup nak beli pampers,, tapi si kembar dah samasaiz dengan abg rayyan Saiz L.. huhuhu rayyan pula mama stil xde masa nak ajar dia potty train.. huhuhuhu xpelah tahun depan mama nak ambi cuti seminggu sebab nak train raya only.. yelah kalau sekarang nak train, dia plak kencing or berak merata-rata sure  jenuh sebab ada adik2 dia.. huhuhu so kena ajar time adik2 dia xde kat rumah.. huhuhu

Tapi macam biasalah taska bukan kasi guna pun CD ni so aku guna bila malam jelah kan.. and sabtu dan ahad,, tapi bebudak ni dh kurang skit kencingnya, cuma kekadang aku terlelap abes penuh bocor CD biasalah anak aku minum pun bleh tahan gak. hihihihihi... so aku cam biasa kumpul byk2 pastu basuh, besenya aku basuh bila kain baju x memaksa aku untuk tidak membasuh huhuhu...



Sangat2 menjimatkan tau dan sangat2 membuatkan montot si manja cumel.. hihihihi ala xde gambo2 sgt dah skarang ni,, sebab x rajin mama nk take capture.. huhuhu Tapi aku ada 2pcs Cd Brand Grovia, and 2cd Brand Lunatots,, x guna sebab lambat kering .. rasa mcm nak jual.. aishhh melampau akunikan,, sume nak jual tapi x jual2 jugak hihi..

 So akupun cam biasa akan pakaikan si kembar CD yang sama.. baru kiut kan.. hihihihi tapi seriuslah semlam je aku membasuh untuk 4 days baju bebudak ni masya allah penuh ampai balkoni woo.. stress aku... huhuhu
Harini harap2 kering so aku nak basuh baju kami laki bini plak..penuh gaklah tu satu balkoni pastu nk lipat berbakul bakul lah jawabnya.. hambekkk!!! *telan air liur*.. CD pun kalau tang melipat seksa, sebab nak kena masukkan insert dia.. gila derita,.. nak lipat pun kena tunggu bebudak tido, kalau x tido habes,.,. hancuss kain2 and Cd2 yang telah dilipat.. hihihihihi
 Rasa mcm nak cuti or mc lah hihihi sebab nak kemas rumah, nak panggil orang dtg drill sebab aku nak kasi lapang je rumah pastu nak start ajar bebudak ni apa2 je.. tambah2 bila en suami sgt2 setuju untuk habeskan duit gaji dia beli meja belajar bebudak ni made in IKEA.. si kembar pun dah boleh duduk kan,, so senanglah sikit.. hihihihi

Lastly,, sapa2 new mom yang nak belajar berCD.. marilah mencuba.. green earth.. katakan tidak pada pampers... tapi........... kena rajin skitlah hahahah kalau korang malas tahap gaban.. lupakan and abaikan jelah.. hahahahha

2 comments:

  1. Ain.. Ko pki CD ape beb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pakai QQ baby, grovia dgn lunatots ada seppasang.

      Delete