Friday, December 9, 2011

PUISI UTK ISTERI



Salam.

Pagi yang sangat sayu + mengantuk ni telah membuatkan aku tacing plak. kenapa??? ermm bila aku menjengah ke kisah Zahiril Adzim dgn Shera Aiyob.. aku sebenarnya suka dengan cara Zahiril Adzim ni ala si DAIM cite Juvana tu,., and yang aku nk share pagi ni adalah Puisi khas yang dia buat utk Shera pada resepsi dia yang lalu.. terus terang aku tersentuh, kalau aku berada di tempat Shera Ya Allah aku rasa akulah insan paling seronok.. sekaligus benda ni semua buat aku terkenang kata-kata suamiku after kami Nikah.. Ingat ZIKIR je ke leh ckp romantik dengan DHIA.. my en suami pun boleh jugak lah.. mungkin itu kali pertama dia jdi romantik kot masatukan mood pengantin baru.. hihihi apa2pun aku share dulu puisi Khas Zahiril Adzim tu for Shera...



Aku pasti punya masalah

Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku


Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


As a women sapa tak tacing wehh tambah2 suami kita ckp camtu pada kita.,.
Tu yang buat aku terkenang apa yang en suami pernah ckp pada aku after kami selamat diNikahkan...

"Abang tahu abang bukan yang pertama dlam hidup ayang tapi abang harap abang yang terakhir, abang akan sayangi ayang selagi abang termampu... selagi abang terdaya, abang akan hargai ayang seperti abang hargai hidup abang, kita mulakan hidup kita dengan kisah baru dengan anak-anak kita untuk dunia dan akhirat.. susah senang kita tempuh bersama, sayang yang layak menjadi ibu pada anak-anak abang, dan abang sayangkan ayang sepenuh hati abang, terima kasih sebab jadi isteri abang" dan adalah yg lain maybe x besh dikongsi kot.. hihihihi tapi aku memang x kuar ayat sepatah pun maybe sebb aku shock bila suami aku yang susah sgt nk romantik macam tu leh ckp ayat mcm tu... apa yang aku leh buat aku nangis dan anggukkk.. ayat yang pendek padat tapi ambik masa yang lama utk hentikan aku nangis,, sungguh aku terharu...........

Ayat ni yang buat aku kuat tiap kali kami dilanda kesusahan, kami dilanda badai, ayat ni buat semangat aku kuat.. sebab waktu ini luahan ini adalah ikhlas dari suamiku... Untuk mendapatkan 100% terbaik adalah sukar sekurang-kurangnya en suami menerimaku yang juga punya kekurangan... walaupun suamiku taklah seromantik Zahiril Adzim, tidaklah sekacak Aaron aziz, namun dia punya ruang untuk menyayangi aku dan anak2 kami... Tq ALLAH... dan TQ En suami... -- MOHD IZADIQ BIN ISMAIL



p/s : lepas taip entri ni rasa bertambah sayu plak.. rindu plak kat en suami, sekarang anak dah nk 3,, kejab je masa berlalu...







No comments:

Post a Comment