Tuesday, July 12, 2011

bila manusia dah bosan dengan keamanan..

salam//

harini aku nk comment about apa yg dh jadi kat negara kita baru2 ni.. aku x mau cite panjang lebar sgt pun.. cuma aku jadi hairan dengan manusia2 kat bumi malaysia ni... tambahan bila seorg kawan berkata pada aku semua ni terjadi " bila manusia dah bosan dengan keamanan" yess betul jugk apa dia kata...

Dan aku nak sgt tahu diorg2 yang terlibat dengan menda2 perhimpunan tanpa lesen atau dengan lebih cantik lagi 'perhimpunan haram' ni dah x de benda lain nk buat ke/. adakah itu family time for weekends yang diorg rasa besh sgt.. helooooo tolonglah yer... Kuala Lumpur lenggang, rasanya kalau nk joget or buat break dance tengah jalan pun selamat.. semua orang takut.. dan aku nk sgt tahu "puas ke diorg2 tu buat menda tu semua".... 'selesa ke diorg dengan jalan jammed, dengan perhentian bus yang tutup" ya allah kenapa?? mengapa?? apa selama ni diorg bosan kot bila hujung minggu lawat pasar raya dgn keluarga... jalan2 kat taman dgn anak2..

Pleaselah.. kalau lah aku bisa bersuara ,, ingin aku mohon pada mereka2 semua.. berilah kepada kami "KEAMANAN' Berilah anak2 kami generasi baru suatu gambaran kehidupan yang baik, jgn di'TERENCAT'kan minda mereka.. segalanya bermula dari si 'rebung' , segalanya bermula dari si kecil.. jika dari kecik gaya org2 dewasa seperti kalian yg mereka lihat... bagaimana kami selaku ibu bapa generasi baru ini ingin menyatakan pada mereka..

Kita sudah cukup AMAN.. jgn di dustakan keamanan ini.. ..jgn dirosakkan keamanan yang nenek moyang kita beri dan warisi ini..

Aku rasa layak mereka ini digelar "manusia yang lupa asal usul" menangis nenek moyang kita, perwira negara kita jika mereka tahu keamanan yang mereka beri telah dihancurkan hanya kerana hati dan perasaan serta sikap diperbodohkan... semoga mereka sedar kemudian hari.. aminnn yan rabbal alamin........

No comments:

Post a Comment