Wednesday, December 5, 2012

Nafkah Isteri

Salam


Sebagai isteri di muka bumi ini aku rasa nk wat tajuk ni. hihihihi jgn mare ye kaum lelaki sekalian alam.. hihihih nipun sbb tetiba aku terselak paper lama (30.11.2012) harian metro.. ada pulak t ajuk tu terus automatik aku rasa nak buat entri tu. jom kita review.. hihihi

"Ramai di kalangan suami lupa tanggungjawab terpenting mereka terhadap isteri iaitu menangung serta memberi nafkah"
"Isteri berhak mendapat nafkah daripada suami seperti ditetapkan syariah. Meskipun mutakhir, ramai isteri bekerja dan memiliki pendapatan sendiri, memberi nafkah itu tetap satu tuntutan -sila ambik perhatian ya!! hihi
"Jika suami gagal membayar nafkah isteri tanpa kerelaan isteri, mereka dianggap berhutang dan isteri berhak menuntutnya"
Surah An-Nisaa' ayat 34-"lelaki itu adalah pemimpin bagi perempuan, sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (lelaki) memberi belanja dari hartanya(utk perempuan).
"Ada sesetengah suami bertuah dan selesa apabila isterinya bergaji besar lebih tinggi daripadanya, disebabkan hal itu, ada yang buat acuh x acuh je menunaikan nafkah dan hak isteri"
"Kehidupan berumah tangga memang perlu ada sifat memberi dan menerima, anmun kepincangan yang berlaku dalam rumah tangga sekarang kebanyakannya berpunca daripada suami gagal membayar nafkah isteri"
Surah Al-Talaq ayat 7:"hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dan harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya"
"Jumhur Ulama bersepakat, Kewajipan mengeluarkan nafkah itu tanggungjawab suami walaupun isterinya bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri"
"Bolehkah isteri rela tidak menuntut bahagian nafkah daripada suaminya malah membantu perbelanjaan keluarga?, 
"Tindakan murni seorang isteri sangat dipuji dalam islam kerana sanggup berkorban dan mengetepikan kepentingan diri untuk suami dan keluarga tercinta"
"Namun tindakan terpuji itu akan mendidik suami melepaskan tanggungjawabnya serta menyerahkan isu nafkah kepada isteri semata-mata"
"Ia akan membawa keluarga ke arah porak peranda pada masa hadapan, jika perkara asas seperti barang dapur pun suami x dpt nak sediakan, sama jelah seperti suami itu tidak layak berkahwin lagi"
Nafkah ini luas
"Jika suami mempunyai kekurangan menyediakn perbelanjaan keluarga, barulah isteri boleh membantu"
Surah Al-Talak ayat 6 "Tempatkanlah mereka(isteri) dimana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu,dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka" =-see!!!
"Jika mereka mengikis duit isteri, ia bertentangan dengan hukum syarak kerana melanggar fitrah menyediakan nafkah!! 
Malah sabda nabi ada berkata : "Tidak Masuk Syurga(suami) yang dayus termasuklah mereka yang menyusahkan isteri untuk kepentingan diri sendiri yang diibaratkan sebagai parasit"

apa yang aku suka adalah yang ni:

"Kebanyakan pasangan tidak memikirkannya dari awal kerana menganggap kesucian cinta merka lebih utama, Pemikiran ini perlu dihapuskan kerana manusia dijadikan sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan dengan pelbagai amanah"
"Corak perkahwinan hari ini adalah menjurus kepadan perkahwinan misyar, suami dengan pendapatannya mengeluarkan belanja untuk perkara tertentu< isteri juga mengeluarkan belanja untuk perkara tertentu"
"semua inilah kenangan manis dan pahit dalam rumah tangga, bersusah payah bersama-sama dalam manghadapi kesennagan, 

nampakkan.. kalau korang as a lelaki nak kahwin, make sure korang mampu tanggung amanah ini,, bukan takat kumpul duit hantaran nak kahwin tau.. bila kahwin semua atas bahu korang, dan bersykurlah jika isteri nak tolong korang, hargailah isteri korang, jaga hatinya, dan berterima kasihlah padanya yang menjadi tulang belakang hidup korang...

Suami tak wajar ambik kesempatan, Rumah tangga boleh musnah jikaisteri dikhianati.

notakakidijarimanis: Peringatan untuk diri sendiri, dan sesama yang lain.

sumber: Harian Metro 30/11/2012.

No comments:

Post a Comment