Monday, August 23, 2010

Rayyan ku sayang

Askum..

Lamanya x menaip blog ni.. kesibukan kerja, anak, dan rumahtangga menjadi penyebab aku x dpt menghadap blog ini.. huhuhu.. Rayyan dah berusia 2 bulan 2 minggu 6 hari.. semakin membesar anak itu... ragamnya jgn cakaplah.. beratnya sewaktu 2 bulan sudah 5.6KG agak mengah jugak kalau mengangkatnya.. hihhi..

Aku sudah mula bekerja seperti biasa mas 2HB 8 , Rayyan pun sudah kumasukkan ke TASKA SURINAZ presint 18.. alhamdulillah tiada masalah di Taska itu untuk dia..

Suamiku dan aku menghadapi dugaan paling besar iaitu Suamiku diberhentikan kerja,, Ya Allah hanya tuhan yang tahu,,, mujurlah still gaji on and suamiku sedang berusaha untuk mencari kerja.. apapun aku bersyukur keluarga banyak membantu..

Aku sudah memberi susu formula pada Rayyan.. tuhan saja yang tahu betapa kuatnya anakku makn and mnum susunya.. tak ckup dengan BreastFeeding susu botol lagi.. anakku anakku...

Rayyan sdah pandai untuk meniarap, adakala berjaya, adakala tersengguk sengguk.. lucu tgk gayanya..

No comments:

Post a Comment